BAHAN-BAHAN
♥ 2 cawan tepung ♥
♥ 1 cawan gula kastor ♥
♥ 1 cawan serbuk Koko ♥
♥ 1 cawan minyak Sayuran ♥
♥ 1/2 cawan susu Pekat ♥
♥ 1 sudu kecil baking soda ♥
♥ 1 sudu kecil serbuk penaik ♥
♥ 1/2 sudu kopi ♥
Note : Kalau tak nak letak serbuk kopi pun tak apa.
CARA-CARA
- Ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan baking powder. Gaul sehingga sebati untuk memastikan adunan tidak berketul-ketul dan sama rata.
- Masukkan gula, minyak dan susu dan gaul kesemua bahan sehingga sebati. Akhir sekali masukkan serbuk kopi.
- Pastikan adunan anda pekat dan bila angkat spatula, adunan yang jatuh akan berbentuk riben dan lama-lama hilang. Adunan anda juga hendaklah tidak terputus sekiranya anda mengangkan spatula anda
- Masukkan kedalam bekas kukus dan kukus selama 1 jam. Pastikan air dan mendidih baru letak dalam pengukus. Jangan buka penutup sebelum 1 jam
- Biarkan kek sejuk. Kat atas kek boleh letak coklat masakan yang dah dicairkan dan tabur chocolate rice. Dah siap. Enjoy :)
