November 01, 2013

Resepi Cupcake Strawberry dengan Strawberry Buttercream Frosting


BAHAN-BAHAN

Cupcake
Tepung (455 g)
Unsalted Butter (227 g)
Gula Kasar (250 g)
♥ 1.5 sudu besar Vanilla Extract
1 sudu teh serbuk penaik
♥ 1/4 sudu teh garam
3 biji telur
♥ 1 biji putih telur
Buttermilk (245 ml)
♥ 2 cawan strawberry segar (dipotong)

Frosting
Butter (340 g)
Gula icing (320 g)
4 biji putih telur
♥ 2 cawan strawberry segar
Note : Strawberry hendaklah dipotong kecil-kecil. Sekiranya tidak 
mahu menggunakan buah strawberry, gantikan dengan jam strawberry

CARA-CARA
  • Ayakkan tepung, garam dan serbuk penaik. Gaul sehingga rata. Ketepikan
  • Menggunakan mixer, mixkan unsalted butter pada suhu bilik dengan gula sehingga adunan anda bertukar warna menjadi krim dan lembut
  • Campurkan telur satu per satu. Mix sehingga semua sebati. Masukkan tepung berselang-selikan dengan susu wholemilk. Gaul sehingga semuanya sebati
  • Masukkan ke dalam oven pada suhu 180 C selama 25 minit atau anda boleh check manual dengan mencucuk lidi kalau lidi anda kering apabila cucuk dalam adunan bermakna cupcake anda telah masak dan siap. Biarkan sejuk
  • Untuk membuat frosting, kisarkan strawberry anda dan ketepikan
  • Mixkan putih telur dengan gula icing sehingga menjadi pekat dan lembut. Boleh rasa gula ikut citarasa anda mahu manis atau kurang manis.
  • Masukkan butter sedikit demi sedikit. Mixkan sehingga semuanya sebati selama 2 minit
  • Menggunakan Pastry bag dan apa sahaja bentuk tip yang anda suka, boleh lah hias cupcake anda. Frosting boleh disimpan di peti sejuk sehingga 1 bulan. Dah siap. Enjoy :)