October 26, 2013

Resepi Muffin Pisang Coklat


BAHAN-BAHAN

♥ Unsalted Butter ( 173 g) 
♥ Gula kasar (300 g) 
♥ 2 biji telur - dipukul 
♥ 4 biji pisang (sederhana) 
♥ 1.5 sudu teh vanilla extract 
♥ tepung (280 g) 
♥ serbuk koko (80 g) 
♥ 1/2 sudu teh serbuk penaik 
♥ 1/2 sudu teh baking soda 
♥ 1/4 sudu teh garam 
♥ Yogurt (175 g) 

CARA-CARA
  • Ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik, baking soda dan garam. Kacau sehingga kesemua bahan sebati
  • Di bekas lain, menggunakan mixer, mixkan unsalted butter pada suhu bilik dengan gula sehingga bertukar warna menjadi cream
  • Masukkan telur beserta vanilla extract dan mix sehingga sebati
  • Menggunakan spatula, masukkan bahan kering yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau
  • Masukkan pisang dan yogurt sebagai bahan terakhir
  • Pastikan anda tidak terlalu lama mengacau kesemua bahan. Hanya cukup sekadar kesemuanya sebati bagi mengelakkan muffin anda menjadi keras
  • Masukkan adunan dalam 'muffin pan' atau bekas dan panaskan di oven pada suhu 180 c selama 18-20 minit bergandung kepada saiz atau anda boleh check secara manual dengan mencucuk lidi kecil ke dalam adunan sekiranya lidi itu bersih tanpa ada adunan melekat bermakna muffin anda sudah siap. 
  • Boleh juga meletak kismis, kacang, chocolate chip, potongan ceri atau apa-apa sahaja didalam adunan ikut kesukaan anda.
  • Sedap dimakan ketika sejuk. Dah siap. Enjoy :)