October 22, 2013

Resepi Kek Pisang dengan Chocolate Frosting


BAHAN-BAHAN

Kek
♥ 2 biji pisang (besar) 
♥ Sour Cream (80 ml) 
♥ 1.5 sudu kecil vanilla extract 
♥ 2 biji telur 
♥ tepung (230 g) 
♥ gula kasar (200 g) 
♥ 1 sudu kecil baking soda 
♥ 1.5 sudu kecik serbuk penaik 
♥ 1/2 sudu kecil garam 
♥ 3/4 serbuk kayu manis 
Unsalted butter (140 g) 
Note : Jika tidak mahu masukkan serbuk kayu manis, 
jangan masukkan kedalam adunan

Frosting
♥ Butter (113 g) 
♥ Gula Icing (120 g) 
♥ 1 sudu kecil vanilla extract 
♥ Coklat masakan (dicairkan) 

CARA-CARA
  • Campurkan pisang yang dah dilenyek bersama sour cream, vanilla extract dan telur dan kacau menggunakan spatula sehingga kesemua bahan sebati. Ketepikan.
  • Di bekas lain, campurkan tepung, gula kasar, baking soda, serbuk penaik, garam dan serbuk kayu manis dan gaul sehingga sebati. Ketepikan
  • Menggunakan mizer, mix butter sehingga sebati. Masukkan bahan yang basah dan bahan yang kering berselang seli sehingga semuanya sebati
  • Setelah sebati, mix semua bahan selama 1 setengah minit sehingga adunan lembut dan sedikit cair.
  • Masuk kedalam oven pada suhu 180 C selama 40 minit atau sehingga lidi yang dicucuk di tengah-tengah adunan bersih. Biarkan kek sejuk selama 5 minit
  • Untuk membuat frosting, mix butter dengan gula icing sehingga sebati
  • masukkan vanilla extract dan coklat masakan yang sudah dicairkan dan mix sehingga sebati.
  • Sapukan frosting keatas kek yang telah sejuk. Sedap dimakan ketika sedikit sejuk. Masukkan dalam peti ais selama setengah jam. Dah siap. Enjoy :)