October 23, 2013

Resepi Tart Blueberry Cheese


BAHAN-BAHAN

Tart
♥ Tepung (400 g) 
♥ Unsalted Butter (225 g) 
♥ Gula Kastor (100 g) 
♥ 1 biji telur 
♥ secubit garam 
♥ 1 sudu kecil vanilla extract 

Filling
♥ Cream Cheese (250 g) 
♥ Gula Kastor (60 g) 
♥ Unsalted Butter (50 g) 
♥ 1 biji telur 
♥ Jam Blueberry 
Note : Kalau tak nak letak telur pun tak apa.
If letak lagi 'rich' dan warna menarik

CARA-CARA
  • Menggunakan mixer, mixkan butter dengan gula sehingga bertukar menjadi warna cream
  • Masukkan telur, garam dan vanilla extract dan mix
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan tepung sudah diayak dahulu
  • Jika adunan terlalu kering, campurkan dengan 1 sudu air atau susu segar. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan terlalu pekat. Ikut sukatan yang diberikan.
  • Masukkan adunan kedalam bekas tart dan buat lubang pada tengah-tengah dengan cara menekan menggunakan ibu jari
  • Masakkan pada suhu 180 C selama 15 minit dan biarkan untuk sejuk
  • Untuk membuat filling, mixkan unsalted butter dengan cream cheese yang kedua-duanya pada suhu bilik. Jangan mix lama sangat cukup sekadar semuanya sebati
  • Masukkan telur dan gula dan mix. Pastikan adunan anda tidak terlalu cair akibat terlebih mix. Cukup sekadar ianya menjadi lembut
  • Pada tart yang sudah siap tadi, masukkan jam blueberry sedikit dan tutup selebihnya menggunakan cheese tadi. Lebih mudah sekiranya anda menggunakan sudu
  • Pastikan inti anda tidak terlalu banyak. Cukup sekadar memenuhi ruangan didalam tart
  • Masukkan kedalam oven selama 15 minit. Boleh cuka calitkan sedikit jem blueberry diatas tart anda. 
  • Pastikan tart anda tidak terlalu lama terdedah kerana cheese akan rosak dan mengering. Masukkan kedalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk. Dah siap. Enjoy :)