October 08, 2013

Resepi Cupcake Nutella dengan Nutella Frosting


BAHAN-BAHAN

Cupcake :
 1 cawan Serbuk koko (128 g
 1.5 cawan tepung (225 g) 
 1.5 sudu besar Serbuk Penaik 
 1/4 sudu besar garam 
 Unsalted Butter (250 g) 
 Gula Kastor (288 g) 
 Telur (5 biji) 
 Buttermik/Full Cream (112 g) 
 1 sudu besar Pure Vanilla Extract 
 3 sudu besar Nutella 

Frosting :
 Heavy Whip Cream (500 ml) 
 Gula Kastor (32 g) 
 3 sudu besar Nutella 

CARA-CARA

  • Ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam untuk mendapat adunan yang tidak berketul-ketul.Gaulkan sehingga adunan sebati dan biarkan.
  • Di bekas lain, mixkan menggunakan mixer telur dan gula bersama unsalted butter sehingga sebati.
  • Setelah sebati, perlahan-lahan campurkan adunan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit berselang selikan dengan mencampurkan Buttermilk.
  • Setelah kesemua adunan telah sebati, masukkan 3 sudu Nutella kedalam adunan.
  • Agihkan kedalam bekas cupcake dan masukkan di oven pada suhu 150 C selama 30 minit.
  • Untuk membuat frosting, mixkan heavy whip cream atau "double cream' ke dalam mixer.
  • Campurkan gula kastor dan Nutella dan mix sehingga menjadi pekat dan lembut.
  • Setelah nampak sedikit berkilat, masukkan frosting tersebut ke dalam pastry bag dan bolehlah diletak di atas cupcake yang telah siap. 
  • Untuk hiasan atas frosting boleh letak cherry, heart-shape sugar or roses ke apa-apa sahaja untuk nampak lagi menarik. Dah siap. Enjoy. :)