October 14, 2013

Resepi Cupcake Oreo dengan Oreo Buttercream


BAHAN-BAHAN

Cupcake
♥ 3 cawan tepung (384 g
♥ 1 sudu kecil serbuk penaik 
♥ sedikit garam 
♥ Unsalted Butter (250 g
♥ 2 cawan gula (256 g
♥ 5 biji telur 
♥ Buttermilk (310 ml)
♥ 1 sudu besar Vanilla Extract 
♥ 20 keping biskut Oreo 

Frosting
♥ Butter (114 g
♥ Vegetable shortening (60 ml)
♥ 4 cawan gula icing (512 g
♥ 6 keping biskut Oreo 
♥ 1 sudu besar vanilla extract 

CARA-CARA
  • Masukkan separuh biskut Oreo (bersama cream) kedalam bekas cupcake satu persatu. Masukkan separuh (yang kosong tiada cream) kedalam mangkuk dan ketepikan,
  • Didalam mixer, mixkan unsalted butter dengan serbuk penaik, garam, gula, vanilla extract dan telur sehingga sebati.
  • Setelah adunan sebati, masukkan tepung berselang-selikan dengan Buttermilk dan mix sehingga kesemua bahan sebati.
  • Masukkan adunan kedalam bekas cupcake yang mempunyai Oreo tadi.
  • Masukkan kedalam oven bersuhu 180 C selama 30 minit
  • Biarkan cupcake yang telah siap selama 15 minit untuk sejuk.
  • Untuk membuat frosting, mixkan butter dengan vegetable shortening
  • Masukkan gula secara perlahan-lahan tanpa berhenti mixkan adunan
  • masukkan biskut Oreo yang tidak digunakan (dihancurkan) tadi kedalam adunan
  • Masukkan vanilla extract dan sedikit susu sekiranya adunan terlalu pekat.
  • Masukkan frosting ke dalam piping bag dan bolehlah dihiaskan diatas cupcake yang telah sejuk sebentar tadi. Dah siap. Enjoy :)