BAHAN-BAHAN
Batter
♥ Air panas (100 ml) ♥
♥ Unsalted Butter suhu bilik (60 g) ♥
♥ Secubit garam ♥
♥ Tepung (80 g) ♥
♥ 3 biji telur (dipukul) ♥
Pastry Cream
♥ Susu segar (400 ml) ♥
♥ 1 sudu kecil Vanilla Extract ♥
♥ 4 biji kuning telur ♥
♥ Gula (100 g) ♥
♥ 2 sudu besar tepung ♥
♥ 2 sudu besar tepung jagung ♥
♥ Whipping Cream (100 g) ♥
♥ 2 sudu besar gula kastor ♥
CARA-CARA
- Didalam periuk kecil, panaskan menggunakan api sederhana dan masukkan air, unsalted butter dan garam sehingga mendidih. Tutup api sekiranya dah start mendidih.
- Dengan segera, campurkan air butter yang mendidih tadi ke dalam bekas yang mengandungi tepung dan kacau sehingga sebati. Adunan akan sedikit melekit.
- Setelah sebati adunan, masukkan ke dalam periuk kecik tadi dan hidupkan semula api dan panaskan menggunakan suhu sederhana sehingga ada adunan yang sedikit melekat di permukaan periuk. Ini bagi memastikan adunan betul-betul kering dari air.
- Letakkan adunan kedalam mangkuk dan lenyekkan menggunakan spatula bagi cepat sejuk sebelum memasukkan telur bagi mengelakkan telur menjadi masak. Biarkan sehingga sejuk selama 2 minit.
- Masukkan telur dan kacau sebati. Kene pastikan adunan tak terlalu cair dan tidak terlalu liat dan keras. Just nice and bila angkat spatula adunan yang melekat berbentuk (v) maksudnya tak cair dan x pekat. Dah siap masukkan dalam pastry bag.
- Diatas kertas minyak (make sure dah sapu butter atau minyak bagi elak adunan melekat), Bulat-bulatkan adunan didalam pastry bag tadi dan jarak-jarakkan.anggaran bulatan 2cm.Kalau ada 'pointy end' basahkan jari dan tekan sedikit bagi hilangkan.
- Panaskan pada oven bersuhu 200 C selama 30 minit atau warna bertukar 'golden'. (make sure dah preheat oven dulu sebelumnye)
- Untuk membuat pastry cream, panaskan susu sehingga mendidih pada suhu kecil. Tutup api.
- Pukul kuning telur yang dah dicampur gula sehingga bertukar menjadi warna cream dan masukkan tepung dan tepung jagung yang dah diayak dan kacau hingga sebati.
- Masukkan separuh susu yang dah dididih tadi ke dalam adunan telur dan kacau. Setelah sebati, masukkan adunan ke dalam periuk yang ada susu selebihnya dan panaskan pada suhu sederhana. Kacau sedikit dan biarkan sampai adunan sedikit berbuih. Tutup api.
- Masukkan dalam bekas dan tutup permukaan menggunakan plastik dan dengan pantas masukkan ke dalam peti ais (bahagian frozen) bagi sejuk selama 15 minit. Ini bagi mengelakkan adunan rosak kerana akan rosak jika dibiarkan.
- Menggunakan mixer, mixkan whipping cream dengan gula kastor sampai pekat. Campurkan dalam adunan telur yang dah sejuk dan gaulkan menggunakan spatula sehingga semua sekali sebati. Masukkan dalam pastry bag. Boleh lah letak sebagai filling dengan cara potong tengah-tengah cream puff yang dah siap. Setelah selesai ayakkan icing sugar dan tabur kat atas cream puff anda. Dah siap. Enjoy :)
