October 28, 2013

Resepi Cupcake Tiramisu dengan Whip Cream


BAHAN-BAHAN

Cupcake
♥ Tepung (210 g) 
♥ 2 sudu besar serbuk koko 
♥ 1/4 sudu teh baking soda 
♥ 1/4 sudu teh garam 
♥ 1 cawan gula (200 g) 
♥ 1 sudu teh vanilla extract 
♥ 3 sudu besar susu segar 
♥ 1/3 cawan minyak (79 ml) 
♥ 2 biji telur 
♥ 1 cawan air suam 
♥ 3 sudu besar serbuk expresso/kopi 

Topping
♥ 1 cawan heavy whip cream (240 ml) 
♥ 2 sudu besar gula icing 
♥ Chocolate Chip kecil 

CARA-CARA
  • Ayakkan tepung, serbuk koko, baking soda dan kacau. Campurkan garam dan gula dan kacau sehingga kesemuanya rata. Ketepikan
  • Dalam bekas lain, Campurkan bahan basah seperti susu, minyak, vanilla extract, telur dan kacau.
  • Campurkan serbuk expresso atau serbuk kopi segera bersama air suam dan masukkan kedalam bekas bahan basah anda tadi
  • Gaulkan kesemua bahan dan secara berperingkat masukkan bahan kering anda.
  • Masak pada oven di suhu 180 C selama 20 minit atau anda boleh check manual dengan mencucuk lidi pada tengah cupcake untuk lihat adakah cupcake anda telah masak. Sekiranya masih basah, masakkan lagi untuk beberapa minit
  • Setelah cupcake anda siap, sejukkan untuk beberapa minit
  • Untuk membuat frosting, pukul heavy whip cream bersama gula icing sehingga padat dan lembut
  • Hidangkan frosting diatas cupcake dan taburkan chocolate chip atau apa sahaja bahan mengikut citarasa anda. Dah siap. Enjoy :)