October 07, 2013

Resepi Macaron pelbagai perisa simple


BAHAN-BAHAN

Putih telur 60 g (3 sudu besar dan 2 sudu teh) 
Gula kastor 30 g (2 sudu besar dan 1 sudu teh) 
Ground almonds (50 g
Gula icing (90 g 
 Secubit garam 
Jam strawberry  
2 titik pewarna merah

CARA-CARA

  • Pukul putih telur sampai jadi pekat tanpa berhenti
  • Masukkan gula kastor perlahan-lahan semasa memukul putih telur dan berhenti bila dah pekat dan lembut
  • Masukkan pewarna merah dan kacau sehingga sebati
  • Dalam bekas lain, ayakkan ground almond, gula icing, garam dan gaul sampai sebati
  • Campurkan bahan-bahan tersebut ke dalam adunan putih telur
  • Gaul perlahan-lahan dan berhenti bila nampak sedikit berkilat
  • Masukkan adunan macaron dalam pastry beg
  • Di atas dulang, bentukkan macaron tadi menjadi bulat-bulat kecik di atas kertas minyak (jangan terlalu kecik) dan jangan terlalu rapat antara satu sama lain
  • Biarkan macaron tadi kering (anggaran 45 minit)
  • Masukkan dalam oven selama 15 minit dalam suhu 150C
  • Setelah selesai, perlahan-lahan angkat macaron dari kertas minyak
  • Letakkan jem strawberry kat macaron dan tindih dengan macaron lain (macam sandwich)
  • Dah siap. Kalau nak perisa lain boleh lah guna pewarna lain (purple, biru, hijau) dan jem lain (jem blueberry, jem kacang, jem chocolate) ikut citarasa masing-masing. Enjoy :)