October 15, 2013

Resepi Creme Caramel


BAHAN-BAHAN

Caramel
♥ Gula (75 g) 
♥ 2 sudu air panas 

Custard
♥ Gula (100 g) 
♥ 3 biji telur 
♥ Secubit garam 
♥ 1/2 kotak Susu segar (500 ml) 
♥ 1 sudu kecil vanilla extract 
Note : Ini adalah untuk hidangan 4 orang. Boleh gandakan kuantiti kalau nak lebih.

CARA-CARA
  • Untuk membuat caramel, campurkan gula dan air panas kedalam cawan dan kacau rata
  • Panaskan kuali pada suhu sederhana dan masukkan gula yang dah dicampur air tadi
  • Kacau menggunakan senduk kayu. Kalau dah sebati biarkan caramel tu mendidih di kuali sehingga bertukar menjadi warna dark brown. Tapi kene sentiasa tengok sebab gula cepat terbakar and hangus.
  • Setelah bertukar warna, masukkan caramel kedalam bekas dan ratakan keseluruh bekas dengan segera kerana jika dibiarkan ia akan menjadi keras dan biarkan selama 5 minit.
  • Di bekas lain, panaskan susu segar sehingga mendidih.biarkan sejuk selama 10 minit.
  • Untuk custard, pukul telur yang telah dicampurkan dengan garam, gula dan vanilla extract sehingga sedikit berbuih.
  • Campurkan susu segar yang sudah sejuk tetapi perlu ditapis susu tersebut kerana ada bahagian susu yang sedikit mengeras ke dalam adunan custard.
  • Menggunakan wrisk, gaul semua adunan sehingga sebati dan masukkan kedalam bekas yang sudah diisi dengan caramel tadi.
  • Kukus selama 45 minit. Cucuk lidi untuk lihat if caramel dah betul-betul masak atau tidah. Selain bekas kukus, boleh juga letak caramel di bekas remekins bagi hidangan yang lebih kecil portion. Dah siap. Enjoy :)