♥ mentega (250g) ♥
♥ gula kastor (175g) ♥
♥ tepung gandum (200g) ♥
♥ tepung jagung (50g) ♥
♥ putih telur (200ml) ♥
♥ 1/4 sudu teh emplex (1/4 sudu teh) ♥
♥ pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru ♥
CARA-CARA
- Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula dengan mixer sehingga berkrim.
- Masukkan putih telur dan putar sehingga sebati.
- Masukkan ayakan tepung dan kaup balik dengan spatula sehingga sekata.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna di setiap bahagian.
- Paipkan adunan di atas loyang khas lidah kucing dengan menggunakan bag plastik. Corak sesuai warna pelangi.
- Bakar dengan suhu 150 darjah selama 15-20 minit. Selepas itu angkat dan sejukkan.
