November 15, 2013

Resepi Cupcake Hokaido


BAHAN-BAHAN

Cupcake
♥ Kuning telur (45 g) 
♥ Putih telur ( 135 g) 
♥ Gula (60 g) 
♥ Minyak (35 g) 
♥ Susu Fullcream (45 g) 
♥ Tepung (60 g) 

Filling
♥ Thickened Cream (200 g) 
♥ Gula kastor (30 g) 
♥ 1/2 sudu vanilla extract 

CARA-CARA
  • Mixkan kuning telur, gula 40g, minyak, susu dan tepung yang diayak. Campurkan bahan sedikit demi sedikit dan mix sehingga sebati. Asingkan.
  • Mixkan putih telur dengan 20 g gula sehingga menjadi pekat dan lembut.
  • Menggunakan spatula, campurkan adunan putih telur ke dalam bekas adunan kuning telur sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan sebatikan kesemuanya.
  • Masukkan dalam oven selama 25 minit pada suhu 170 C
  • Untuk membuat filling, mixkan thickened cream, gula dan vanilla extract sehingga menjadi pekat.
  • Masukkan dalam pastry bag dan cucukkan muncung pada tengah-tengah cupcake anda yang telah dibiarkan untuk menyejuk dan masukkan filling tadi.
  • Cupcake akan mengembang apabila diisi. Pastikan jangan letak terlalu banyak. Letakkan juga sedikit filling diatas cupcake anda sebagai garnish
  • Taburkan sedikit gula icing di atas cupcake anda.Boleh juga hias dengan letak potongan buah pada filling diatas cupcake anda atau kepingan coklat. Dah siap. Enjoy :)

November 08, 2013

Resepi Pavlova


BAHAN-BAHAN

Meringue
6 biji putih telur 
♥ Gula Castor (350 g) 
♥ 1 sudu teh cuka 
♥ 2 sudu teh tepung jagung 
♥ 1/2 sudu teh vanilla extract 
♥ 1/4 sudu teh garam 
♥ 1/2 sudu teh cream of tartar 
Note : kegunaan cream of tartar untuk kekalkan shape
nanti x la flat sangat. Tak nak guna pun tak apa

Creme
♥ thickened creme (250 ml) 
♥ 2 sudu besar gula icing 
Note : boleh guna heavy whip cream atau regular whip creme
Buah buahan pilihan

CARA-CARA
  • Menggunakan mixer, mixkan telur bersama gula, garam, cream of tartar dan tepung jagung sehingga adunan anda menjadi pekat dan berkilat. Masukkan bahan sedikit demi sedikit.
  • Menggunakan spatula perlahan-lahan gaul vanilla extract dan cuka. Jangan gaul terlalu lama cukup sekadar kesemuanya sebati
  • Pada kertas minyak anda, letakkan adunan. Nak senang lukis bulatan berpandukan pinggan dan terbalikkan kertas anda supaya makanan tak sentuh lukisan. 
  • Dengan lembut bentukkan adunan anda menjadi seperti kek yang bulat. Adunan anda tidak akan berubah bentuk seeloknye anda rapikan bentuk sebelum memasukkan kedalam oven
  • Bakar selama 50 minit pada suhu 120 C. Biarkan pavlova anda masak perlahan-lahan
  • Setelah tepat 50 minit jangan terus keluarkan pavlova anda. Seperti yang semua tahu pavlova sangat sensitif pada pertukaran suhu. Jika terus keluarkan pavlova nanti pavlova anta akan hancur
  • Bukakkan sedikit pintu oven anda dan biarkan suhu pavlova menurun sendiri. Biarkan di dalam oven yang sedikit terbuka selama 1 atau 2 jam. Harap bersabar
  • Untuk membuat cream atas, mixkan sahaja thickened cream dan gula sehingga pekat. Sapukan diatas pavlova anda dan diatasnye hiaskan buah-buahan kesukaan anda. 
  • Seperti pisang, untuk mengelakkan pisang bertukar warna rendamkan sebentar didalam jus lemon. Ia akan mengekalkan warna dari bertukar. Seeloknye pilih buahan yang lembut seperti strawberry, kiwi, blueberry, pisang. Boleh tabur sedikit coklat dan sebagainya juga. Dah siap. Enjoy :)

November 05, 2013

Resepi Cupcake Lemon dengan Lemon Cheese Frosting


BAHAN-BAHAN

Cupcake
♥ Tepung (210 g) 
♥ Gula kasar (200 g) 
♥ 1 sudu teh serbuk penaik 
♥ 1/4 sudu teh garam 
♥ Unsalted Butter (58 g) 
♥ 2 biji telur 
♥ Susu Wholemilk (60 g) 
♥ Sourcream (60 g) 
♥ 3 sudu besar jus lemon 
♥ 1 sudu teh Vanilla Extract 
Note : Kalau tiada Sourcream, guna susu biasa tetapi 
tambah 1 sudu cuka atau jus lemon dan biarkan selama 5 minit.

Frosting
♥ 2 sudu besar Butter 
♥ Cream cheese (58 g) 
♥ 2 sudu besar jus lemon 
♥ 1 sudu teh vanilla extract 
♥ Gula icing (150 g) 

CARA-CARA
  • Ayakkan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan
  • Campurkan 2 biji telur dengan garam, vanilla extract dan jus lemon. pukul telur tersebut. Ketepikan
  • Menggunakan mixer, mixkan unsalted butter dengan gula. Kemudian campurkan adunan telur dan mix sehingga sebati
  • Menggunakan spatula, campurkan adunan tepung berselang selikan dengan kedua-dua susu sedikit demi sedikit sehingga semuanya sebati.
  • Masukkan ke dalam oven pada suhu 180 C selama 20 minit atau sehingga anda cucuk lidi dan lidi anda bersih. Biarkan sejuk selama 5 minit
  • Untuk membuat frosting, mixkan butter dan cream cheese pada suhu bilik bersama gula icing.
  • Masukkan jus lemon dan akhir sekali vanilla extract. Masukkan dalam pastry bag dan siap untuk dihias diatas cupcake yang telah sejuk. Dah siap. Enjoy :)

November 01, 2013

Resepi Cupcake Strawberry dengan Strawberry Buttercream Frosting


BAHAN-BAHAN

Cupcake
Tepung (455 g)
Unsalted Butter (227 g)
Gula Kasar (250 g)
♥ 1.5 sudu besar Vanilla Extract
1 sudu teh serbuk penaik
♥ 1/4 sudu teh garam
3 biji telur
♥ 1 biji putih telur
Buttermilk (245 ml)
♥ 2 cawan strawberry segar (dipotong)

Frosting
Butter (340 g)
Gula icing (320 g)
4 biji putih telur
♥ 2 cawan strawberry segar
Note : Strawberry hendaklah dipotong kecil-kecil. Sekiranya tidak 
mahu menggunakan buah strawberry, gantikan dengan jam strawberry

CARA-CARA
  • Ayakkan tepung, garam dan serbuk penaik. Gaul sehingga rata. Ketepikan
  • Menggunakan mixer, mixkan unsalted butter pada suhu bilik dengan gula sehingga adunan anda bertukar warna menjadi krim dan lembut
  • Campurkan telur satu per satu. Mix sehingga semua sebati. Masukkan tepung berselang-selikan dengan susu wholemilk. Gaul sehingga semuanya sebati
  • Masukkan ke dalam oven pada suhu 180 C selama 25 minit atau anda boleh check manual dengan mencucuk lidi kalau lidi anda kering apabila cucuk dalam adunan bermakna cupcake anda telah masak dan siap. Biarkan sejuk
  • Untuk membuat frosting, kisarkan strawberry anda dan ketepikan
  • Mixkan putih telur dengan gula icing sehingga menjadi pekat dan lembut. Boleh rasa gula ikut citarasa anda mahu manis atau kurang manis.
  • Masukkan butter sedikit demi sedikit. Mixkan sehingga semuanya sebati selama 2 minit
  • Menggunakan Pastry bag dan apa sahaja bentuk tip yang anda suka, boleh lah hias cupcake anda. Frosting boleh disimpan di peti sejuk sehingga 1 bulan. Dah siap. Enjoy :)