June 27, 2016

Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi



BAHAN-BAHAN

♥ mentega (250g) 
♥ gula kastor (175g) 
♥ tepung gandum (200g) 
♥ tepung jagung (50g) 
♥ putih telur (200ml) 
♥ 1/4 sudu teh emplex (1/4 sudu teh 
♥ pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru  

CARA-CARA

  • Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex. Ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula dengan mixer sehingga berkrim.
  • Masukkan putih telur dan putar sehingga sebati.
  • Masukkan ayakan tepung dan kaup balik dengan spatula sehingga sekata.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna di setiap bahagian.
  • Paipkan adunan di atas loyang khas lidah kucing dengan menggunakan bag plastik. Corak sesuai warna pelangi.
  • Bakar dengan suhu 150 darjah selama 15-20 minit. Selepas itu angkat dan sejukkan.

May 25, 2015

Resepi Kek Kukus Tiramisu



BAHAN-BAHAN

♥ Gula Kastor (150g
♥ 4 biji telur 
♥ 1 sudu kecil ovelette 
♥ 1 sude kecil baking powder 
♥ tepung gandum (150g
♥ 100ml minyak 
♥ 200ml santan kotak 
♥ 3 sudu besar serbuk Cappuchino 
♥ 2 sudu besar serbuk coklat 
♥ 2 sudu besar susu pekat 
♥ keju (grated) 

CARA-CARA

  • Pukul telur sehingga hancur dan gaulkan bersama gula dan ovelette sehingga sebati.
  • Kemudian, campurkan santan dan minyak berselang-seli kedalam bekas adunan telur tadi.Gaul hingga sebati.
  • Setelah siap, bahagikan adunan ke dalam 3 bekas. setiap bekas, campurkan bahan yang berbeza. bekas adunan pertama campurkan keju seperti cheddar, pada bekas adunan kedua pula serbuk cappuchino dan susu dan akhir sekali pada adunan ketiga campurkan serbuk coklat. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati pada setiap adunan.
  • Akhir sekali, kukus semua bekas selama 15-20 minit. Boleh hias atas kek mengikut creativity masing-masing seperti meletak cream cheese, butter cream sebagai frosting. ataupun taburkan keju atau chocolate rice dan hidangkan. Enjoy :)


April 18, 2015

Resepi Agar-agar Coklat Marble



BAHAN-BAHAN

♥ Air kosong (650m
♥ Serbuk agar-agar (10g
♥ Gula (130g
♥ Susu cair (190g
♥ Susu pekat (80g
♥ 2 biji telur 
♥ 4 keping roti (dibuang kulitnya) 
♥ 1 1/2 sudu besar butter 
♥ 2 sudu besar serbuk koko 

CARA-CARA
  • Masukkan serbuk agar-agar dan gula kedalam air yang telahpun mendidih.
  • Blendkan susu cair, susu pekat, telur dan roti, kemudian campurkan ke dalam periuk agar-agar. 
  • Masukkan butter yang bersuhu bilik dan kacau sehingga sebati, kemudian tutup api.
  • Bahagikan kepada 2 adunan. Campur serbuk koko kepada salah satu adunan dan kacau sehingga sebati.
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli bagi mendapatkan effect 'marble'.
  • Boleh dihidang apabila sudah sejuk. Enjoy :)

November 15, 2013

Resepi Cupcake Hokaido


BAHAN-BAHAN

Cupcake
♥ Kuning telur (45 g) 
♥ Putih telur ( 135 g) 
♥ Gula (60 g) 
♥ Minyak (35 g) 
♥ Susu Fullcream (45 g) 
♥ Tepung (60 g) 

Filling
♥ Thickened Cream (200 g) 
♥ Gula kastor (30 g) 
♥ 1/2 sudu vanilla extract 

CARA-CARA
  • Mixkan kuning telur, gula 40g, minyak, susu dan tepung yang diayak. Campurkan bahan sedikit demi sedikit dan mix sehingga sebati. Asingkan.
  • Mixkan putih telur dengan 20 g gula sehingga menjadi pekat dan lembut.
  • Menggunakan spatula, campurkan adunan putih telur ke dalam bekas adunan kuning telur sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan sebatikan kesemuanya.
  • Masukkan dalam oven selama 25 minit pada suhu 170 C
  • Untuk membuat filling, mixkan thickened cream, gula dan vanilla extract sehingga menjadi pekat.
  • Masukkan dalam pastry bag dan cucukkan muncung pada tengah-tengah cupcake anda yang telah dibiarkan untuk menyejuk dan masukkan filling tadi.
  • Cupcake akan mengembang apabila diisi. Pastikan jangan letak terlalu banyak. Letakkan juga sedikit filling diatas cupcake anda sebagai garnish
  • Taburkan sedikit gula icing di atas cupcake anda.Boleh juga hias dengan letak potongan buah pada filling diatas cupcake anda atau kepingan coklat. Dah siap. Enjoy :)

November 08, 2013

Resepi Pavlova


BAHAN-BAHAN

Meringue
6 biji putih telur 
♥ Gula Castor (350 g) 
♥ 1 sudu teh cuka 
♥ 2 sudu teh tepung jagung 
♥ 1/2 sudu teh vanilla extract 
♥ 1/4 sudu teh garam 
♥ 1/2 sudu teh cream of tartar 
Note : kegunaan cream of tartar untuk kekalkan shape
nanti x la flat sangat. Tak nak guna pun tak apa

Creme
♥ thickened creme (250 ml) 
♥ 2 sudu besar gula icing 
Note : boleh guna heavy whip cream atau regular whip creme
Buah buahan pilihan

CARA-CARA
  • Menggunakan mixer, mixkan telur bersama gula, garam, cream of tartar dan tepung jagung sehingga adunan anda menjadi pekat dan berkilat. Masukkan bahan sedikit demi sedikit.
  • Menggunakan spatula perlahan-lahan gaul vanilla extract dan cuka. Jangan gaul terlalu lama cukup sekadar kesemuanya sebati
  • Pada kertas minyak anda, letakkan adunan. Nak senang lukis bulatan berpandukan pinggan dan terbalikkan kertas anda supaya makanan tak sentuh lukisan. 
  • Dengan lembut bentukkan adunan anda menjadi seperti kek yang bulat. Adunan anda tidak akan berubah bentuk seeloknye anda rapikan bentuk sebelum memasukkan kedalam oven
  • Bakar selama 50 minit pada suhu 120 C. Biarkan pavlova anda masak perlahan-lahan
  • Setelah tepat 50 minit jangan terus keluarkan pavlova anda. Seperti yang semua tahu pavlova sangat sensitif pada pertukaran suhu. Jika terus keluarkan pavlova nanti pavlova anta akan hancur
  • Bukakkan sedikit pintu oven anda dan biarkan suhu pavlova menurun sendiri. Biarkan di dalam oven yang sedikit terbuka selama 1 atau 2 jam. Harap bersabar
  • Untuk membuat cream atas, mixkan sahaja thickened cream dan gula sehingga pekat. Sapukan diatas pavlova anda dan diatasnye hiaskan buah-buahan kesukaan anda. 
  • Seperti pisang, untuk mengelakkan pisang bertukar warna rendamkan sebentar didalam jus lemon. Ia akan mengekalkan warna dari bertukar. Seeloknye pilih buahan yang lembut seperti strawberry, kiwi, blueberry, pisang. Boleh tabur sedikit coklat dan sebagainya juga. Dah siap. Enjoy :)