Meringue
♥ 6 biji putih telur ♥
♥ Gula Castor (350 g) ♥
♥ 1 sudu teh cuka ♥
♥ 2 sudu teh tepung jagung ♥
♥ 1/2 sudu teh vanilla extract ♥
♥ 1/4 sudu teh garam ♥
♥ 1/2 sudu teh cream of tartar ♥
Note : kegunaan cream of tartar untuk kekalkan shape
nanti x la flat sangat. Tak nak guna pun tak apa
Creme
♥ thickened creme (250 ml) ♥
♥ 2 sudu besar gula icing ♥
Note : boleh guna heavy whip cream atau regular whip creme
Buah buahan pilihan
CARA-CARA
- Menggunakan mixer, mixkan telur bersama gula, garam, cream of tartar dan tepung jagung sehingga adunan anda menjadi pekat dan berkilat. Masukkan bahan sedikit demi sedikit.
- Menggunakan spatula perlahan-lahan gaul vanilla extract dan cuka. Jangan gaul terlalu lama cukup sekadar kesemuanya sebati
- Pada kertas minyak anda, letakkan adunan. Nak senang lukis bulatan berpandukan pinggan dan terbalikkan kertas anda supaya makanan tak sentuh lukisan.
- Dengan lembut bentukkan adunan anda menjadi seperti kek yang bulat. Adunan anda tidak akan berubah bentuk seeloknye anda rapikan bentuk sebelum memasukkan kedalam oven
- Bakar selama 50 minit pada suhu 120 C. Biarkan pavlova anda masak perlahan-lahan
- Setelah tepat 50 minit jangan terus keluarkan pavlova anda. Seperti yang semua tahu pavlova sangat sensitif pada pertukaran suhu. Jika terus keluarkan pavlova nanti pavlova anta akan hancur
- Bukakkan sedikit pintu oven anda dan biarkan suhu pavlova menurun sendiri. Biarkan di dalam oven yang sedikit terbuka selama 1 atau 2 jam. Harap bersabar
- Untuk membuat cream atas, mixkan sahaja thickened cream dan gula sehingga pekat. Sapukan diatas pavlova anda dan diatasnye hiaskan buah-buahan kesukaan anda.
- Seperti pisang, untuk mengelakkan pisang bertukar warna rendamkan sebentar didalam jus lemon. Ia akan mengekalkan warna dari bertukar. Seeloknye pilih buahan yang lembut seperti strawberry, kiwi, blueberry, pisang. Boleh tabur sedikit coklat dan sebagainya juga. Dah siap. Enjoy :)
